Wednesday, December 12, 2012

Kedudukan Taman Impian Sutera

Salam,

Berikut adalah peta plan pembangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada tahun 2020. Kedudukan Taman Impian Sutera di'highlight' oleh anak panah hitam.

Kedudukan taman adalah di selatan Shah Alam. Taman Impian Sutera berkedudukan strategik kerana berada di tengah-tengah antara Kota Kemuning dan Jalan Kebun. Tambahan pula, IJM Land dijangka membina perbandaran baru iaitu Rimbayu yang berkedudukan di sempadan selatan Shah Alam (5 minit dari Taman Impian Sutera).

Rimbayu adalah perbandaran baru yang mengguna-pakai konsep perbandaran Mutiara Damansara yang dilengkapi kawasan perumahan dan komersial kos tinggi. Harga hartanah di Rimbayu pun paling minimum ialah RM 500,000.

Ini menyebabkan Taman Impian Sutera akan jadi seperti Bandar Utama Damansara..iaitu menjadi sasaran pembeli hartanah dan dijangka harga hartanah akan naik tinggi. Pembeli hartanah Melayu dijangka akan mensasarkan taman ini dan kawasan sekitar seksyen 30 dan 29 kerana keunikannya iaitu kejiranan ini 100% adalah orang Melayu.

                                    sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas