Saturday, November 24, 2012

Kawasan Pilihanraya Taman Impian Sutera

Salam,

Taman Impian Sutera, Seksyen 30, Shah Alam, Selangor terletak dalam sempadan pilihanraya berikut :

Dewan Undangan Negeri Selangor : N50. DUN Seri Muda
Parlimen Malaysia                            : P111. Parlimen Kota Raja

Wakil rakyat adalah seperti berikut :

Ahli Dewan Negeri (ADUN) N50. Seri Muda : YB Shuhaimi Shafiei (PKR)
Ahli Parlimen P111. Kota Raja : YB Dr Siti Mariah bt Mahmud (PAS)

Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) :
MPP Zon 11 (Seksyen 29 & 30) : En. Norhalim bin Sirome


ahli majlis 2012

Friday, November 23, 2012

Jom Sumbang Dana untuk Masjid Kota Kemuning

Salam,

Taman Impian Sutera terletak di Seksyen 30, Shah Alam, Selangor. Lokasinya bersempadanan dengan Kota Kemuning dan Kampung Jalan Kebun...malah dalam surat pemaju, ia mengkelaskan bahawa taman ini dalam Kota Kemuning.

Kemungkinan besar juga, kariah Taman Impian Sutera akan diletakkan dibawah Masjid Kota Kemuning. Maka sebagai tanda sokongan kepada pembinaan Masjid Kota Kemuning..marilah kita bersama memberi sumbangan kepada pembinaannya.







Sumbangan boleh dibuat kepada :

Akaun: MAYBANK
Nama Akaun: MASJID KOTA KEMUNING
Nombor Akaun: 562786020202
Alamat Tapak Pembinaan Masjid: No.1, Jalan Anggerik Vanilla 31/92, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Maklumat lanjut : Masjid Kota Kemuning

Tuesday, November 13, 2012

Fanpage Facebook

Salam,

Selepas mendapat feedback baik..pihak admin lancarkan Fanpage Facebook Taman Impian Sutera, Seksyen 30, Shah Alam, Selangor.

Sila klik ikon FB disebelah dan LIKE untuk join...terima kasih