Saturday, October 19, 2013

Ingin 'renovate' rumah?

Salah seorang bakal jiran Taman Impian Sutera merupakan usahawan syarikat KC Design Consultants Sdn Bhd yang memberi khidmat 'design consultant', 'cabinetry' and 'renovation'.

Beliau adalah Pn Rashidah Abdul Razak. Kepada para jiran jika mahu buat renovation, boleh contact beliau...beliau boleh bagi diskaun...:-)

Foto

Sunday, August 18, 2013

Perkembangan Terkini Projek

Berikut adalah gambar terkini Projek Perumahan Taman Impian Sutera

Fasa 1

Fasa 1 type A dan Fasa 1 type B
Fasa 3

Diharap pembinaan dapat lancar dan siap mengikut jadual dengan kualiti yang baik.

Friday, August 16, 2013

Jom Wakaf

Amalan wakaf adalah amalan mulia...

Apa itu wakaf ?

Wakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai. Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.

Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan juga wang tunai.

Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha' berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat.

Maka jelas, pewakaf akan sentiasa mendapat ganjaran pahala walaupun setelah meninggal dunia...pahala akan sentiasa mengalir selagi harta wakaf diguna dijalan yang diredhai.

Di mana nak wakaf ?

Jika di Selangor..anda boleh berwakaf dengan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) iaitu sebuah agensi Kerajaan Negeri Selangor yang bernaung dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Untuk makluman lanjut, sila rujuk link yang disertakan.

logo pws
Logo PWS

Wednesday, December 12, 2012

Kedudukan Taman Impian Sutera

Salam,

Berikut adalah peta plan pembangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada tahun 2020. Kedudukan Taman Impian Sutera di'highlight' oleh anak panah hitam.

Kedudukan taman adalah di selatan Shah Alam. Taman Impian Sutera berkedudukan strategik kerana berada di tengah-tengah antara Kota Kemuning dan Jalan Kebun. Tambahan pula, IJM Land dijangka membina perbandaran baru iaitu Rimbayu yang berkedudukan di sempadan selatan Shah Alam (5 minit dari Taman Impian Sutera).

Rimbayu adalah perbandaran baru yang mengguna-pakai konsep perbandaran Mutiara Damansara yang dilengkapi kawasan perumahan dan komersial kos tinggi. Harga hartanah di Rimbayu pun paling minimum ialah RM 500,000.

Ini menyebabkan Taman Impian Sutera akan jadi seperti Bandar Utama Damansara..iaitu menjadi sasaran pembeli hartanah dan dijangka harga hartanah akan naik tinggi. Pembeli hartanah Melayu dijangka akan mensasarkan taman ini dan kawasan sekitar seksyen 30 dan 29 kerana keunikannya iaitu kejiranan ini 100% adalah orang Melayu.

                                    sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas