Amalan wakaf adalah amalan mulia...
Apa itu wakaf ?
Wakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai. Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.
Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan juga wang tunai.
Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha' berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat.
Maka jelas, pewakaf akan sentiasa mendapat ganjaran pahala walaupun setelah meninggal dunia...pahala akan sentiasa mengalir selagi harta wakaf diguna dijalan yang diredhai.
Di mana nak wakaf ?
Jika di Selangor..anda boleh berwakaf dengan
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) iaitu sebuah agensi Kerajaan Negeri Selangor yang bernaung dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Untuk makluman lanjut, sila rujuk link yang disertakan.
|
Logo PWS |